PROMO ARISSTO SEMPENA MCO

Rindu abah dan mak di kampung. Dah lah tak boleh balik. Hanya dengar suara sahaja.
Beberapa hari lagi, Ramadan pula bakal tiba..
Ingat lagi tahun sudah, time-time begini, mesti dah bersiap sedia hendak ambil cuti balik kampung jumpa abah dan mak.
Tetapi, tahun ini keadaan sudah jauh berbeza. Tempoh kawalan Pergerakan membuatkan semua keadaan berubah.
Setiap kali teringat abah, telefon pasti di capai, apabila di tanya, pasti abah akan memberitahu "tengah bancuh kopi ni"
Abah, rindunya!
Ramadan tahun ini tidak pasti lagi kita boleh berbuka puasa bersama.
Teringat waktu-waktu ketika berada di kampung, abah sering membancuh 2 cawan kopi.
Bila di sapa,
"Kenapa ada 2 cawan bah?"
"Satu untuk awaklah" katanya bersahaja.
Dan setiap kali itu lah juga, abah akan seronok berbual bersama tentang kehidupan yang dilaluinya.
Senyum abah. Gelak tawanya. Sarat dengan rasa kasih dan sayang.
Rindu abah...
Tempoh PKP ini sangat panjang rasanya.
Rindu hendak peluk dan minum kopi dengan abah sewaktu berbuka puasa.
Beberapa hari lepas, seorang sahabat memberitahu,
"berilah abah hang hadiah sebagai pengganti diri.
Abah kan suka minum kopi. Pasti abah hang suka jika di beri satu set tempat minum kopi. Bila dia minum kopi itu nanti, dia pasti teringat kat hang. Hilang rindu abah nanti."
Abah sering bancuh kopi 3 dalam 1. Sempena Ramadan ini, boleh lah beri abah kopi yang lebih natural dan menyihatkan.
Supaya abah lebih bertenaga sewaktu menjalani ibadah.
Abah dan mak jauh...
Mudah-mudahan dengan pemberian hadiah ini, mereka semakin dekat di hati.
Sempena Ramadan yang bakal tiba dan juga Tempoh Kawalan Pergerakan (MCO), Arissto menawarkan "Promo MCO" khas untuk anak-anak yang merindukan abah di kampung.
Promo Free Trial 30 hari ini mengandungi 1 unit Mesin Kopi Arissto beserta 20 Kapsul Kopi.
Hanya dengan pembayaran RM119 sahaja, "PROMO MCO" ini boleh di miliki dan di hantar terus ke depan pintu rumah abah.
Syarat nya hanya mudah
1) Hanya perlu isi makluman di dalam borang di bawah ini.
2) Selepas 30 hari, jika mahu meneruskan, boleh mendaftar sebagai Member Arissto dengan pembayaran tambahan :
Rm50 - sebagai tambahan membership Arissto
Rm37.80 - pembelian kapsul 20 unit.
3) Sekiranya tidak mahu di teruskan, deposit RM100 akan dipulangkan dalam masa 45 hari bekerja selepas dari tarikh pemulangan
Pendaftaran Pakej